Thursday, May 30, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 

~ PELAJAR LANDSKAP TAHUN 1 & 2

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE 
~ FAKULTI REKA BENTUK & SENI BINA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR ~ 

28 MEI 2013 - Seramai 63 orang pelajar Landskap Tahun 1 & 2 dan diiringi 5 orang pensyarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, seterusnya meneruskan lawatan sambil belajar ke Fakulti Reka Bentuk & Seni Bina (FRSB), Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

Kunjungan para pelajar telah di sambut mesra oleh para pegawai disana. Taklimat telah diadakan terlebih dahulu khas untuk para pelajar di Dewan Kuliah fakulti, selepas itu para pelajar telah dibawa melawat kawasan sekitar fakulti antaranya Studio 1, Studio 2, Studio 3, Studio 4, Galeri, dan sekitar kawasan Nurseri. Lawatan ini merupakan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang Landskap iaitu selari dengan objektif lawatan ini diadakan.












LAWATAN SAMBIL BELAJAR - PELAJAR LANDSKAP TAHUN 1 & 2

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ~ STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL ~ 

28 MEI 2013 - Seramai 63 orang pelajar Landskap Tahun 1 & 2 dan diiringi 5 orang pensyarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, telah menyertai lawatan sambil belajar ke dua lokasi, iaitu yang pertama para pelajar melawat Stadium Nasional Bukit Jalil. 

               Kunjungan para pelajar telah di sambut mesra oleh para pegawai disana. Taklimat telah diadakan terlebih dahulu khas untuk para pelajar, selepas itu para pelajar telah dibawa melawat kawasan sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil. Mereka juga telah dibawa ke padang Stadium Bukit Jalil, disana mereka dapat melihat dan mengetahui segala cara penanaman, penyiraman dan penyelenggaraan rumput / 'Turf' di padang itu iaitu selari dengan objektif lawatan ini diadakan. 

















Friday, May 17, 2013

KARNIVAL KOLEJ VOKASIONAL 1 MALAYSIA ~ PENGLIBATAN PARA PELAJAR LANDSKAP KVDLM

Karnival Kolej Vokasional 1 Malaysia, yang telah diadakan di Kolej Vokasional Klang, Selangor pada 12 April 2013 yang lepas. 










Kunjungan dari Pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Tuan  Mohd Joned bin Musa






PERSEDIAAN 'LAMPU HIASAN' UNTUK KARNIVAL KV 1 MALAYSIA

Persediaan para pelajar Tahun 2, semester 3, dalam menyiapkan 'Lampu Hiasan' untuk di bawa ke Karnival KOLEJ VOKASIONAL 1 MALAYSIA yang telah diadakan di Kolej Vokasional Klang, Selangor pada 12 APRIL 2013 yang lepas.