Saturday, March 1, 2014

HIASAN BOOTH DI ILP PEDAS

SEMINAR KERJAYA DI ILP PEDAS

23 FEBRUARI 2014 - Para pelajar Landskap, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja telah terlibat dalam menjadi AJK di Booth KVDLM bersempena Seminar Kerjaya yang telah berlangsung di ILP, Pedas. Para pelajar Landskap telah terlibat dalam menghias booth pameran kolej. Seminar Kerjaya ini juga telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Booth juga telah mendapat kunjungan dari YAB Dato. 














HIASAN PENTAS

MAJLIS PERSARAAN TN HJ AMINORDIN BIN AMAT

20 FEBRUARI 2014 - Para Pelajar Landskap bersama-sama para pensyarah telah terlibat dalam menghiasi pentas di Dewan Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, sempena Majlis Persaraan Tn Hj Aminordin Bin Amat iaitu Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja.  






 














D'AGRI EXPO

EXPO PERTANIAN 2014

13 FEBRUARI 2014 - D'AGRI EXPO telah diadakan di Putra World Trade Centre, PWTC, seramai 76 orang pelajar Landskap Tahun 1, 2 dan 3 telah menghadiri dan membuat lawatan ke sana yang diiringi oleh enam orang pensyarah Landskap, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Para pelajar telah berkesempatan untuk menghadiri majlis perasmian D"AGRI EXPO yang telah dirasmikan oleh Yb Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.