Wednesday, October 10, 2012

SEMESTER DUA & FLORIA 2012!!!
Sememangnya semeter 2 pelajar landskap KVDLM telah bermula dari bulan Julai hingga la sekarang...Blog tidak dapat diupdate sebab terlalu sibuk dengan P&P, tambahan pula pelajar perlu menyelesaikan 24 kompetensi yang terkandung dalam 4 modul...kali ini blog ini akan memasukkan seberapa yang boleh aktiviti yang telah dibuat di sepanjang semeter ini mengikut modul..gambar-gambar akan dimasukkan dari semasa ke semasa...sebelum tu bermulanya semester 2 pelajar-pelajar telah diberi tugasan sewaktu membuat lawatan FLORIA 2012.. 

Floria adalah waktu yang ditunggu bagi semua orang...disitula pelbagai ilham dalam merekabentuk tumbuhan hiasan serta hardscape terkini akan ditonjolkan..Best sangat!!!...bukan setakat melawat kami juga telah join pelbagai bengkel yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya...Hasrat kami tahun depan ingin mendapatkan tempat untuk bersama-sama memberi ilham rekabentuk dari kami sendiri..Insyaallah!!!...


Dari pagi sampai la ke petang program kami...pelajar telah diberi beberapa soalan tugasan yang perlu dibuat dan akan dibentangkan bila pulang ke sekolah..mostly design,softscape n hardscape.. Thank's Perbadanan Putrajaya kerana memberi kami peluang dan hadiah yang hebat-hebat sepanjang bengkel yang dianjurkan.









Tuesday, May 15, 2012

Jurubina Perimeter Hoarding

Alhamdulilah..pelajar-pelajar Landskap Tahun 1 telah pun kompeten dalam kerja-kerja memasang perimeter hoarding dengan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar luar iaitu En. Fadli Hassan pada khamis yang lalu. Kerja-kerja ini mengambil masa 4 jam disamping bantuan P&P En. Fadlli yang bersama-sama membimbing pelajar dari mula hinggala akhir..TERIMA KASIH!!! tak terhingga...ternyata pelajar begitu komited dengan amali kali ini walaupun berpanas hinga tengahari...ini adalah amali terakhir semester ini...kita berjumper semester depan...

Monday, May 7, 2012

Hiasan Landskap Pentas Sekolah


Pelajar Landskap Tahun 1 / 2012 telah membantu Pn Roshidah dalam menghias pentas untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012. Rekaan adalah dari guru manakala susunatur di buat 100% oleh pelajar, konsep Jepun diterap sedikit dalam pemilihan tumbuhan dan landskap kejur.

Wednesday, April 4, 2012

Aktiviti semasa di bengkel Greentalk, Putrajaya


Pelajar-pelajar Kursus Landskap Tahun 1/2012 telah menyertai Bengkel Greentalk di Taman Warisan Pertanian di bawah Perbadanan Putrajaya pada 22 Mac 2012. Banyak maklumat telah diberikan kepada pelajar-pelajar...terima kasih kepada MASTER GARDENER!!, bukan itu sahaja tetapi kami semua telah mendapat pelbagai hadiah dan cenderamata daripada pihak penganjur...TQ my friend Cik Fatmawati yang tidak pernah melupai kami..termasuklah cenderahati yg cute tu...Di sana kami telah dibahagikan  kumpulan 1: di mana pelajar kumpulan pertama membuat praktikal di nurseri membuat medium dan pemasuan semula. Kumpulan 2: membuat gubahan florikultur...sememangnya pengalaman yang hebat!!! anda semua boleh melihat gambar yang telah di upload...










Wednesday, March 7, 2012

Kami di Taman Seribu Bunga, Melaka


Pokok GOLDEN CHAIN ini ditanam sempena kehadiran dan kenangan KVDLM sampi di Taman Seribu Bunga...TQ MPHTJ, Melaka




Wednesday, February 29, 2012

LAWATAN INDUSTRI DI TAMAN SERIBU BUNGA, AYER KEROH, MELAKA

Kami membuat lawatan industri ke Taman Seribu Bunga, Melaka bagi membuat pendedahan dan pengayaan bagi Modul 101 : Pengenalan Landskap Lembut dan Landskap Kejur. Lawatan telah berjalan dengan lancar sepanjang hari bersama pegawai MPHTJ yang sentiasa membantu kami dari semua aspek. TERIMA KASIH MPHTJ!!!....Bermula perjalanan dari sekolah ke taman telah disambut dengan baik oleh pegawai MPHTJ, kami telah diberi penerangan dan sesi soal jawab berlangsung sepanjang lawatan. Pelajar-pelajar telah ditugaskan untuk mengumpul semua data berkaitan landskap lembut dan kejur...Gambar-gambar  akan diupload kemudian..Kami lunch dan solat di masjid MITC...OOO..lupe plak sebelum lunch kami sempat singgah mengambil gambar di dataran MPMB..banyak gambar pokok semusim yang segar-segar dan hardscape telah di ambil oleh pelajar..Di belah petang pula kami telah ke Nuseri MPHTJ..untuk memenuhi keperluan Modul 3: Pengendalian Peralatan Landskap Lembut dan Kejur..Kami diberi penerangan satu persatu oleh En. Shafik.. semua berkaitan pokok, penyelenggaraan dan penstoran...Alhamdulilah semua berjalan seperti dirancang. Harapan saya pelajar KV landskap dapat pendedahan sepenuhnya serta menmanfaat segala apa maklumat yang telah dia diambil..banyak gambar dah ambil cumer lum sempat upload...

Friday, February 10, 2012

Takwim sekolah

http://www.mediafire.com/?ndc87d8zyhldaif

Selamat Datang ke Blog Kami

Selamat Datang Kepada pengunjung-pengunjung yang baru sahaja masuk ke blog Landskap@DLM ni..terima kasih kerana sudi membaca dan memilih blog ini sebagai blog pilihan...Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai maklumat yang terbaik dan info tentang aktiviti untuk semua!!!!..