Blog Rasmi Unit Landskap Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan. Menawarkan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Landskap dan Diploma Senibina Landskap.
Wednesday, February 29, 2012
LAWATAN INDUSTRI DI TAMAN SERIBU BUNGA, AYER KEROH, MELAKA
Kami membuat lawatan industri ke Taman Seribu Bunga, Melaka bagi membuat pendedahan dan pengayaan bagi Modul 101 : Pengenalan Landskap Lembut dan Landskap Kejur. Lawatan telah berjalan dengan lancar sepanjang hari bersama pegawai MPHTJ yang sentiasa membantu kami dari semua aspek. TERIMA KASIH MPHTJ!!!....Bermula perjalanan dari sekolah ke taman telah disambut dengan baik oleh pegawai MPHTJ, kami telah diberi penerangan dan sesi soal jawab berlangsung sepanjang lawatan. Pelajar-pelajar telah ditugaskan untuk mengumpul semua data berkaitan landskap lembut dan kejur...Gambar-gambar akan diupload kemudian..Kami lunch dan solat di masjid MITC...OOO..lupe plak sebelum lunch kami sempat singgah mengambil gambar di dataran MPMB..banyak gambar pokok semusim yang segar-segar dan hardscape telah di ambil oleh pelajar..Di belah petang pula kami telah ke Nuseri MPHTJ..untuk memenuhi keperluan Modul 3: Pengendalian Peralatan Landskap Lembut dan Kejur..Kami diberi penerangan satu persatu oleh En. Shafik.. semua berkaitan pokok, penyelenggaraan dan penstoran...Alhamdulilah semua berjalan seperti dirancang. Harapan saya pelajar KV landskap dapat pendedahan sepenuhnya serta menmanfaat segala apa maklumat yang telah dia diambil..banyak gambar dah ambil cumer lum sempat upload...
Friday, February 10, 2012
Selamat Datang ke Blog Kami
Selamat Datang Kepada pengunjung-pengunjung yang baru sahaja masuk ke blog Landskap@DLM ni..terima kasih kerana sudi membaca dan memilih blog ini sebagai blog pilihan...Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai maklumat yang terbaik dan info tentang aktiviti untuk semua!!!!..
Subscribe to:
Posts (Atom)