Monday, March 3, 2014

MOU KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

HIASAN PENTAS MOU 

04 MAC 2014 - Para pelajar Landskap telah bekerjasama dalam menyediakan hiasan pentas utama dan pentas cak lempong sempena Majlis Menandatangani MOU dan Penyerahan Rasmi Perantis SLDN 2014, yang telah berlangsung di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. 



























AKTIVITI PELAJAR TAHUN 3

SITE DIHADAPAN PEJABAT KOLEJ

03 MAC 2014 - Pelajar Tahun 3 Landskap telah merangka pelan dan seterusnya melaksanakan projek dilokasi kerja iaitu di hadapan pejabat Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, dengan bimbingan para pensyarah mereka iaitu, Pn Yuzniza dan En Mohd Khairul Anuar.


Sebelum kerja dilaksanakan





















Hasilnya..

Saturday, March 1, 2014

AKTIVITI AMALI

 AKTIVITI AMALI PELAJAR TAHUN 2









AKTIVITI PELAJAR TAHUN 1

PEMBERSIHAN KAWASAN KERJA / TAPAK

Selamat Datang bagi Pelajar Tahun 1 Landskap Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, pembersihan tapak merupakan salah satu dari kompetensi pelajar. 











KURSUS KAD HIJAU - TAHUN 2 LANDSKAP

PROGRAM KAD PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN (KAD HIJAU/GREEN CARD)

27 FEBRUARI 2014 -  Seramai 28 orang pelajar Landskap tahun 2, Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja telah menghadiri Kursus Pendaftaran Untuk Personal Binaan (Program Kad Hijau) yang telah diadakan di Studio Landskap, KVDLM. Dengan kerjasama dari pihakCIDB MELAKA/NEGERI SEMBILAN program ini dapat dilaksanakan. 

Kursus  Pendaftaran untuk Personal Binaan (Program Kad Hijau)  dijalankan seiring dengan usaha yang giat dilaksanakan oleh pihak CIDB melalui Kempen Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Pembinaan. Melalui kursus ini, diharapkan pelajar dapat meningkatkan dan mengutamakan keselamatan personel dan orang awam dalam menjalankan segala kerja yang berkaitan dengan projek pembinaan. Program ini di selia dan penceramah yang terlibat adalah En Rahman iaitu wakil dari pihak CIDB.