Saturday, March 1, 2014

KURSUS KAD HIJAU - TAHUN 2 LANDSKAP

PROGRAM KAD PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN (KAD HIJAU/GREEN CARD)

27 FEBRUARI 2014 -  Seramai 28 orang pelajar Landskap tahun 2, Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja telah menghadiri Kursus Pendaftaran Untuk Personal Binaan (Program Kad Hijau) yang telah diadakan di Studio Landskap, KVDLM. Dengan kerjasama dari pihakCIDB MELAKA/NEGERI SEMBILAN program ini dapat dilaksanakan. 

Kursus  Pendaftaran untuk Personal Binaan (Program Kad Hijau)  dijalankan seiring dengan usaha yang giat dilaksanakan oleh pihak CIDB melalui Kempen Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Pembinaan. Melalui kursus ini, diharapkan pelajar dapat meningkatkan dan mengutamakan keselamatan personel dan orang awam dalam menjalankan segala kerja yang berkaitan dengan projek pembinaan. Program ini di selia dan penceramah yang terlibat adalah En Rahman iaitu wakil dari pihak CIDB. 




No comments:

Post a Comment